0
  • No products in the cart.
0
  • No products in the cart.

ANEKDOT USTAZ CINTA

Share via:

A. Ubaidillah Alias

Suatu malam, beberapa minit sebelum masuknya waktu isyak. Saya membelek mesej yang masuk telefon. Beberapa hari yang lalu, ada seorang remaja mahu bertanyakan sesuatu pada saya. Saya memberi alasan bahawa saya sibuk. Cuma saya berpesan, kalau ada soalan…tanyakan sahaja. Bila saya lapang nanti, saya akan cuba memberi respon.

Malam ini saya membuka messenger dan menemukan soalan dari beliau. Saya tidak kenal beliau, umur berapa dan tinggal di mana. Tapi saya sedar bahawa dia adalah remaja yang mahukan jawapan untuk persoalan mengenai hubungan lelaki dan wanita.

“Assalamualaikum ustaz… saya ingin bertanya dengan ustaz. Apa hukumnya kita mengenali sseorang perempuan dengan ada niat ingin menikahinya. Hal ini diketahui oleh ibubapanya”

“Mengenali maksudnya? Kenal? Dari jauh? Tak berhubung?”

“Yupp, melalui chat…tapi tidak setiap masa… dalam satu minggu tu, mungkin 3 atau 2 kali je chat”

“Apa pendapat ustaz mengenai itu?”

“Amirul umur berapa ya? Agak-agak nak kahwin bila?”

“Tidaklah ustaz… ini sekadar pertanyaan sahaja… saya belum nak berkawin lagi, tapi niat tu dah ada. Tunggu calon yang sesuai dan kewangan yang cukup. Tapi seandainya berlaku pada sahabat saya ataupun saya sendiri nanti.”

“Oh. Soalan andaian ni?”

“Ya ustaz…”

Azan isyak berkemundang di menara masjid terdekat.

“Solat isyak dulu. 30 minit lagi ustaz respon kalau ada masa.”

“Insyaallah.. kebetulan tempat saya baru azan jgak…”

Saya ke masjid dahulu. Balik dari masjid, saya kembali menyambung tulisan.

“Ustaz… sudah ada jawapannya?”

“Hukumnya harus. Boleh bertukar menjadi haram jika tersalah melanggar batas. Sebaiknya elakkan. Melainkan setelah jelas bahawa sudah sampai masanya untuk saudara mencari pasangan.”

“Baiklah. Ustaz… apa dimaksudkan dengan tersalah melanggar batas? Dan contoh-contohnya?”

“Banyak yang boleh membawa kepada zina hati. Contoh dalam bermesej, ada perkara yang terlalu peribadi. Soalan-soalan yang boleh menimbulkan syahwat.”

“Mungkin awalnya normal, tapi lama-lama syaitan akan cuba hasut perbualan sehingga jadi terlanjur.”

“Sebab itu zina tidak boleh didekati kerana takut terlanjur.”

“Lagi satu, sebaik-baik perkenalan adalah selepas perkahwinan. Cuma kena juga bertaaruf sebelum kahwin tu. Tapi sekadar yang perlu sahaja.”

“Insyaallah ustaz… baiklah ustaz, Amirul sudah paham”

“Amirul, kalau ada nak tanya apa-apa soalan. Silakan. Ustaz pun dah lama tak menjawab persoalan remaja ni. Mungkin dengan soalan Amirul, ustaz boleh ingat balik ilmu-ilmu dan nasihat yang berguna. Syukran.”

#ANEKDOT
#UstazCinta
#KenalUntukKahwin

59 total views, 1 views today

Leave a Comment