0
  • No products in the cart.
0
  • No products in the cart.

Kenali Ustaz Cinta

A. UBAIDILLAH BIN ALIAS dilahirkan di Kampung Salor, Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kelima daripada 15 adik beradik. Beliau sudahpun berkahwin dengan Siti Hawa bte Faisal dari Batu Pahat dan mempunyai tiga cahaya mata. Kini, beliau seorang penjawat awam dan bertugas di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Beliau memulakan pengajian di Sek. Ren. Islam ABIM. Kemudian melanjutkan pengajian ke Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong. Kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir dalam bidang Usuluddin, pengkhususan dalam tafsir. Setelah mendapat ijazah kepujian dalam Usuluddin, beliau pulang dan bertugas sebagai guru di Maahad Tahfiz Sains Tumpat sebelum menjawat jawatan di PKINK.

Beliau telah menulis sebanyak 17 buah buku dalam berbagai genre novel, motivasi dan keagamaan. Terlibat dalam penulisan skrip drama dan telemovie. Beliau pernah dijemput sebagai penceramah bebas di sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi dan pejabat kerajaan.

LATAR BELAKANG PENGAJIAN

1. Drjh 1-5 : Sekolah Rendah Islam (SRI) ABIM.
2. UPSR : Sekolah Kebangsaan Dewan Beta.
3. SPM & STAM : Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong.
4. Diploma Qiraat : Darul Quran, JAKIM, Kuala Kubu Bharu.
5. Ijazah Usuluddin (Hons), Syukbah Tafsir : Universiti Al-Azhar, Kaherah.

PEKERJAAN
– Pegawai Tadbir Negeri : Bermula Ogos 2009.
– Guru Al-Quran di Maahad Tahfiz Sains, Tumpat : Januari 2007 – Jun 2009.
– Pernah menerbitkan buku menerusi PTS Millennia Publications and Distributors, KarnaDya Solutions dan Kemilau Publika.
– Fasilitator Belia dan Sukarelawan Antarabangsa Rakan Muda.
– Penceramah dan Motivator Remaja.
– Pemilik kepada fb ustazcinta & ustazcinta.my

PENULIS SKRIP DRAMA SAMBILAN

– Drama 12 Episod ‘Warkah Cinta’ terbitan Al-Kahfi Pictures Sdn Bhd. Siaran di TV Al-Hijrah. November 2012.
– Tele-Filem ‘Cinta Kun Fayakun’ terbitan Al-Kahfi Pictures Sdn Bhd. Siaran di TV Al-Hijrah. Januari 2103.

– Drama 12 Episod ‘Cinta & Wahyu’ terbitan Al-Kahfi Pictures Sdn Bhd. Siaran di TV Al-Hijrah. Mac 2013.

PENULIS SKRIP DRAMA RADIO SAMBILAN
(Sudah menulis dua karya di radio IKIM.FM)
1) Karya ‘Busyra’
2) Karya ‘Zuhud’

BEKERJASAMA DENGAN PENERBIT BUKU DI BAWAH 

– PTS LITERA
– KEMILAU PUBLIKA
– KARNADYA
– TELAGA BIRU
– BLUE-T (Penerbit Majalah Ana Muslim)

MAKLUMAT PENERBITAN (17 Buah Judul) – BERMULA APRIL 2006.

1) SEPTEMBER 2013 “Melukis Syurga” Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

2) SEPTEMBER 2013 “Bila Remaja Bercinta : Siri 1” Terbiatan Blue-T Publications.

3) MAC 2013 “Himpunan Cerpen Rahsia Cintaku” Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

4) Jun 2012 “Bagaimana Sepatutnya Remaja Memahami Percintaan” Qalbun Saleem Media.

5) Jun 2012 “Travelog Iman Seorang Doktor” Qalbun Saleem Media.

6) APRIL 2012 “INGIN MENJADI PENULIS” menerusi Telaga Biru Sdn Bhd. Insya Allah.

7) JUN 2011: Menerbitkan novel “Cinta Kembali Bertasbih” menerusi PTS LITERA.

8) April 2011 : Terbitkan Himpunan Cerpen “Cinta Kun Fayakun” menerusi Telaga Biru Sdn Bhd.

9) April 2010 : Menerbitkan Novel ‘Kala Cinta dan Wahyu Bersatu’ menerusi PTS Litera.

10) April 2010 : Menerbitkan buku ilmiah ‘Menyeru Kepada Allah’ Menerusi Kemilau Publika.

11) Mac 2010 : Menerbitkan buku ilmiah santai ‘Kompas Cinta’ menerusi Kemilau Publika.

12) Februari 2010 : Menerbitkan Buku ilmiah ‘Sakinah’ menerusi Kemilau Publika.

13) Julai 2009: Menerbitkan novel cinta islamik ‘Mengintai Cinta Khalifah’ – PTS Litera.

14) Mac 2009: Menerbitkan buku motivasi awal remaja “Aku Mahu Jatuh Cinta, Tapi..dengan Siapa?” – Inspirasi KarnaDya.

15) Januari 2009 : Menerbitkan buku Motivasi awal remaja “Hei Kawan! Jangan Patah Semangat” – Inspirasi, KarnaDya.

16) April 2008 : Menerbitkan Novel cinta islamik “Warkah Cinta Berbau Syurga” – PTS Millennia.

17) April 2006 : Menerbitkan Novel Grafik islamik “Sekudus Nur Ilahi” – PTS Millennia.

42 total views, 1 views today